KOTA BHARU: Kunjungan Ambang Ramadan Astro melalui program 'Assalamualaikum Kelantan' semalam mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat negeri ini.
Lebih 3,000 pengunjung, khasnya dari sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian, berkampung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra sepanjang hari.
Sesuai negeri nama jolokan Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Rendah Sekebun Bunga, sebagai antara negeri yang menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan pengisian rohani, penganjuran program ini amat kena pada waktunya.
Menurut Pengurus Saluran Oasis, Nadirah Karim, penganjuran Ambang Ramadan Astro di Kelantan, negeri kedua di Pantai Timur, mendapat sambutan di luar jangkaan.
"Alhamdulillah sambutan yang kami dapat di majlis Ambang Ramadan Astro ini sangat menggalakkan.
"Kami bersyukur dan berbesar hati apabila seluruh warga Kelantan datang. Sasaran kami 3,000 orang, tetapi Alhamdulillah kami berjaya dapatkan lebih dari jangkaan itu," katanya.
Nadirah berkata demikian ketika ditemui pada program itu yang berlangsung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
"Astro amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua yang mengunjungi kerana sudi meluangkan masa bersama kami di majlis Ambang Ramadan Astro Assalamualaikum Kelantan," tambahnya.
Antara aktiviti yang diadakan ialah persembahan selebriti Astro, seperti Mawi, Naqiu dan In Team, serta rakaman Tazkirah Malam Jumaat yang dihoskan Amin Idris, menampilkan tetamu ternama.
Bagi kanak kanak, pertandingan memanah, mewarna, penampilan maskot Didi & Friends dan sebagainya turut disediakan bagi menarik perhatian mereka.
Kata Nadirah, selain dapat memupuk semangat kekeluargaan, penganjuran Ambang Ramadan Astro kali ini berjaya mendekatkan hati rakyat Kelantan dengan program yang ditawarkan sempena Ramadan dan Ambang Raya.
Sebagai sebuah stesyen televisyen berbayar, antara matlamat Astro ialah untuk sentiasa menyediakan kandungan bermutu dan bersesuaian untuk seisi keluarga.
Sementara itu, bagi penyampai radio Gegar, Fazlisham Mat Hussin atau Issey, dia berpandangan program Ambang Ramadan Astro merupakan medium sesuai untuk menemui rakyat Kelantan.
"Majlis Ambang Ramadan Astro kali ini merupakan lokasi kedua. Minggu lepas di Kuala Terengganu. Sambutannya meriah dengan kehadiran orang ramai.
"Aktivitinya bermanfaat, dengan Tazkirah Malam Jumaat serta persembahan artis yang membawa mesej ketuhanan, sesuai dengan lokasi kami adakannya iaitu di masjid," katanya.
"Apabila buat program seumpama ini, ia akan memberi 'positive vibes' yang luar biasa kepada komuniti," tambahnya.
Senada dengannya, seorang lagi penyampai Gegar, Mohamad Hafizie Roslan atau Fizie yang berkata: "Ini penganjuran yang sangat baik, kerana tempatnya yang lain daripada biasa.
"Selalunya buat di stadium, atau tempat tertutup. Kali ini, di masjid. Jadi, kita boleh ajak masyarakat bersama imarahkan masjid."
Selari dengan tema Ramadan Raya Astro tahun ini iaitu 'Masa, Anugerah Terindah', Astro turut mengajak penonton dan orang ramai menikmati sajian kandungan yang disiarkan 'on screen' atau 'off screen' di mana saja berada.
Muhafandi Muhamad
Sat Mar 02 2024
Rakaman program Tazkirah Malam Jumaat menampilkan Amin Idris (tengah) bersama Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim (kiri) dan Datuk Mohd Zawawi Yusoh. - Foto Astro
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Ambang Ramadan Astro di Kelantan dapat sambutan menggalakkan, pengunjung luar jangkaan
Lebih 3,000 pengunjung, khasnya dari sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian, berkampung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra sepanjang hari.