awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil segera pasport diperbaharui sebelum terbatal - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/07/2022
09:49 MYT
Ambil segera pasport diperbaharui sebelum terbatal - Hamzah
Difahamkan setakat ini, lebih 2,600 pasport yang telah diperbaharui masih belum dituntut. - Gambar fail
LARUT: Rakyat Malaysia yang telah memperbaharui pasport antarabangsa masing-masing dikehendaki mengambilnya dengan segera.
Pasport yang tidak dituntut dalam tempoh 90 hari akan terbatal secara automatik.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selepas tempoh itu, individu berkenaan perlu membuat permohonan semula dengan pembayaran penuh.
"Apabila orang dah buat pasport, itu merupakan suatu tanggungjawab kepada individu itu sendiri. Tak kan kita nak mencari dia. Masalahnya, kadang-kadang ada masalah tertentu menyebabkan mereka tidak datang ambil," katanya.
Beliau ditemui selepas menutup program jelajah Kita Demi Negara di Astaka Batu Kurau, Perak, pada Ahad.
Difahamkan setakat ini, lebih 2,600 pasport yang telah diperbaharui masih belum dituntut.
Mereka yang berhasrat untuk memiliki dokumen tersebut perlu membuat permohonan baharu dengan kadar bayaran RM200 bagi tempoh lima tahun.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#pasport
#tarikh luput
#Larut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan