MALAYSIA
Ambulans terbalik, pemandu mati tersepit dalam nahas di Bagan Serai

Anggota bomba cuba mengeluarkan mayat pemandu ambulans yang tersepit. -Astro AWANI
Seorang pemandu ambulans maut selepas kenderaan dipandunya terbalik di Kilometer 194.5, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, petang Rabu.
Dalam kemalangan sekitar jam 5 petang itu, lelaki berusia 22 tahun berkenaan maut di tempat kejadian manakala penumpang lelaki berusia 21 tahun pula mengalami kecederaan.
"Kami menerima panggilan sekitar jam 5 petang. Mangsa yang tersepit diserahkan kepada pihak polis, manakala yang cedera diserahkan kepada pihak hospital," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menghantar pesakit di Sungai Petani, Kedah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami