awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Catherine O’Hara, ibu Kevin dalam filem Home Alone meninggal dunia
Lebih 80 ladang babi di Tanjong Sepat telah ditutup setakat ini - Exco
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMM ke-58: PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri-Menteri Luar, Setiausaha Agung ASEAN

Bernama
Bernama
09/07/2025
03:00 MYT
AMM ke-58: PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri-Menteri Luar, Setiausaha Agung ASEAN
Perdana Menteri Anwar (tengah) menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan (kanan). Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar, Mohamad. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri-Menteri Luar yang menandakan permulaan siri libat urus peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengetuai rakan sejawatnya dari ASEAN dalam pertemuan itu yang berlangsung sebelum majlis perasmian yang disempurnakan oleh Anwar.
Antara yang hadir ialah Menteri Luar Kedua Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Yusof; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn; Menteri Luar Indonesia, Sugiono dan Menteri Luar Laos, Thongsavanh Phomvihane.
Turut serta Setiausaha Luar Filipina, Ma. Theresa P. Lazaro; Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Bui Thanh Son.
Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas turut menghadiri mesyuarat itu selaras dengan status semasa negara itu sebagai pemerhati dalam ASEAN.
Hadir sama dalam pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu ialah Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.
AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema 'Keterangkuman dan Kemampanan.'
Lebih 1,500 perwakilan dari negara anggota ASEAN dan rakan dialog luar menyertai 24 mesyuarat peringkat menteri yang berlangsung selama empat hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN
#AMM
#PM Anwar Ibrahim
#kunjungan hormat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan