awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ampun ya Pak, saya terpaksa..." - Perompak tinggal nota selepas pecah pejabat Ustaz Ebit Liew

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
17/02/2020
07:28 MYT
"Ampun ya Pak, saya terpaksa..." - Perompak tinggal nota selepas pecah pejabat Ustaz Ebit Liew
Nota yang ditinggalkan perompak selepas memecah masuk pejabat Ustaz Ebit Liew di Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor pada Isnin.
Penceramah terkenal, Ebit Liew kerugian kira-kira RM80,000 selepas pejabatnya di Bandar Baru Bangi, di sini dipecah masuk penjenayah.
Berita itu disahkan beliau di akaun Facebook peribadinya pada pukul 2 petang Isnin.
“Office saya kena pecah...sedihnya. Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan kerugian itu meliputi komputer, kamera, telefon bimbit berserta sejumlah wang tunai.
Lebih mengejutkan, apabila penjenayah ada meninggalkan tulisan.
“Ampun ya Pak, saya terpaksa,” tulis nota itu di atas meja menggunakan pen dakwat kekal.
“Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah,” kata Ebit.
Topic Berkaitan
#Ebit Liew
#jenayah
#pecah masuk
#penceramah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan