Dua lelaki warga asing berusia 15 dan 34 tahun ditahan sepasukan anggota polis selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan dan merayau-rayau di sekitar belakang pasar ikan kira-kira pukul 10 malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansur dalam kenyataannya berkata, kedua-dua lelaki tersebut ditahan ketika pihaknya menjalankan rondaan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar bandar.
"Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai rokok pelbagai jenama yang dipercayai rokok seludup serta wang tunai berjumlah RM1,179 hasil jualan rokok tersebut," katanya.
Jelas Nasri, anak-beranak itu mengaku menjual rokok di kawasan pasar ikan sejak Isnin lepas walau mereka mengetahui arahan PKP yang sedang dikuatkuasakan.
"Tangkapan akan dituduh di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, manakala untuk melanggar arahan PKP akan disiasat di bawah seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 11 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Berjangkit) 2020," katanya.
Qaisara Umaiyah
Thu Apr 02 2020
Sudahlah ingkar PKP, bapa dan anak ini menjual rokok seludup pula. - PDRM
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Langgar SOP: Lima NGO buat laporan polis ke atas penganjur #Keluar dan #Lawan
Lima Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terhadap penganjur perhimpunan #Keluar dan #Lawan yang diadakan di ibu kota, Sabtu Lalu.
Ingkar PKP kerja di pusat snuker, dua lelaki dipenjara
Dua lelaki warga Indonesia dipenjara 20 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bekerja di sebuah pusat snuker.
Pengunjung kelab malam, pesalah berulang boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000
Pengunjung kelab malam, individu yang dikuarantin dan mereka yang degil melakukan kesalahan berulang adalah yang akan dipertimbangkan untuk dikenakan kompaun maksimum sehingga RM10,000.
Ingkar PKP: Denda RM10,000 agak berlebihan - Lee Lam Thye
Lee berkata bukan semua mampu membayar RM10,000 terutama dalam keadaan ekonomi mencabar.
14 lelaki diberkas ketika leka judi sabung ayam
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis turut merampas wang tunai lebih RM25,000 di samping lima ekor ayam sabung.
Sambut hari lahir beramai-ramai, 17 individu dikompaun di Langkawi
Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata pihaknya mengesan sekumpulan indvidu sedang berkumpul beramai-ramai di dalam sebuah rumah.
Sudah tiba masanya nilai kompaun dinaikkan - KPN
PDRM berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar SOP PKP dinaikkan susulan peningkatan ketara kes COVID-19 di negara ini.
'Saya dari Klang... Saya tidak kisah tentang COVID-19!'
Ramai yang keluar rumah suka hati, bawa anak-anak bersiar di pusat beli-belah, termasuk di kawasan zon merah.
Tiada penjarakan fizikal kesalahan ingkar PKP paling tinggi - Ismail Sabri
Daripada 301 kesalahan ingkar arahan PKPP pada Rabu, 149 daripadanya adalah kesalahan tiada penjarakan fizikal.
Individu ditahan ingkar PKP meningkat hampir lima kali ganda
Individu yang terlibat dengan aktiviti pusat hiburan adalah paling tinggi iaitu seramai 687 individu, tambahnya.