REMBAU: Seorang penjawat awam tidak menjangka hasrat menyambut sendiri kelahiran anak keempatnya menjadi kenyataan apabila isterinya bersalin dalam kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka, pada Isnin.
Insiden tidak disangka itu berlaku ketika Mohd Safiq Jamaluddin, 36, dalam perjalanan ke Hospital Rembau menghantar isterinya, Nor Anis Mohd Arif, 37, kira-kira jam 9.45 malam.
Malah disebabkan anak lelakinya dilahirkan di dalam kenderaannya itu, dia digelar sebagai Mat Triton.
Menceritakan detik cemas itu, Mohd Safiq berkata, isterinya mengadu sakit perut sejak pagi hari raya ketiga, namun enggan ke hospital kerana beranggapan hanya sakit biasa.
"Lagi pun isteri dijangka bersalin 8 Mei. Jadi, dia tak rasa yang sakit itu disebabkan mahu bersalin.
"Tapi disebabkan dia alami sakit berterusan sehingga malam, saya ajak dia ke hospital yang jaraknya kira-kira lapan kilometer dari rumah kami di Kampung Batu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Bagaimanapun katanya, disebabkan keadaan jalan yang agak sesak berikutan orang ramai keluar beraya menyebabkan perjalanannya ke hospital dirasakan jauh.
"Keadaan menjadi lebih panik apabila isteri memaklumkan bayi sudah keluar.
"Ketika dalam perjalanan kira-kira jam 10 malam, saya terdengar air ketuban keluar.
"Saya minta dia bertahan sehingga sampai ke hospital tetapi isteri beritahu bayi sudah keluar. Saya meraba di bawah kain isteri dan terasa seperti kepala bayi," katanya.
Bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya, Mohd Safiq berkata, tanpa berfikir panjang dia masuk ke laluan bertentangan sambil meminta kenderaan lain memberi laluan.
"Sebaik tiba, pengawal keselamatan bertanya apa yang berlaku dan mereka mula berhubung dengan 'walkie-talkie' sebelum kakitangan hospital lain melakukan tugas mereka untuk menyelesaikan bayi terlebih dulu.
"Alhamdulillah, isteri dan anak saya selamat. Saya bersyukur Allah makbulkan hajat saya untuk sambut sendiri kelahiran anak kami walaupun ia berlaku di dalam kenderaan," katanya.
Sementara itu, katanya, dia memang berhasrat menyambut kelahiran anaknya kali ini kerana tidak berkesempatan melakukannya terhadap tiga anak lain.
"Sebelum ini saya pernah beritahu kawan mengenai hasrat saya ini, namun mereka beritahu dengan SOP (prosedur operasi standard) hospital ketika ini, agak mustahil menyambut anak sendiri.
"Tapi tak sangka dapat juga saya sambut kelahiran anak keempat ini walaupun dalam keadaan yang agak mencemaskan.
"Sebelum ini saya ada terfikir kalau anak keempat ini saya tak dapat juga sambut, nampaknya kami kena tambah anak lagi," katanya secara berseloroh.
Lebih melucukan katanya, ahli keluarga dan kakitangan hospital menggelarkan anaknya Mat Triton. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023
Bayi kepada kepada Mohd Safiq digelar Mat Triton kerana dilahirkan di dalam kenderaan pacuan empat roda itu. -Foto ihsan Mohd Safiq
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Anak dilahir dalam pacuan empat roda digelar Mat Triton
Isterinya mengadu sakit perut sejak pagi hari raya ketiga, namun enggan ke hospital kerana beranggapan hanya sakit biasa.