PETALING JAYA: Hasrat seorang lelaki kurang upaya (OKU) mengumpul wang sempena menyambut Aidilfitri musnah apabila menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Myanmar-Thailand sejak tiga minggu lalu.
Mangsa berusia 28 tahun itu, dijanjikan upah lumayan untuk bekerja di Myawaddy, namun dia telah dipaksa menjadi ejen sindiket penipuan di negara jiran.
Ibu kepada mangsa Nur Aniyah Matramin, 54, berkata, anaknya ditawarkan kerja sebagai jurubina dengan gaji RM10,000 selama seminggu.
Menurut peniaga yang berasal dari Kampung Baru itu, anaknya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 Mac dan selepas itu mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga.
Walau bagaimanapun, pada minggu lalu sekitar jam 3 pagi mangsa menghubungi ibunya menerusi pesanan suara aplikasi WhatsApp untuk meminta bantuan.
“Anak saya berjanji untuk pulang ke Malaysia pada 15 Mac, namun sindiket itu kata sama ada 16 atau 18 Mac baru anak saya balik, tapi sehingga hari ini dia tidak pulang.
“Individu yang tawarkan pekerjaan ini ialah kawan baik anak saya. Dia bekerja sebab nak kumpul duit belanja Aidilfitri.
"Telefon dia hilang selepas tiba di sana dan menghubungi saya menggunakan telefon kawan dia. Itu pun secara sembunyi selepas beberapa minggu gagal hubungi dia.
“Anak saya mengadu diseksa, dipukul dan dipaksa makan daging babi,” katanya dalam sidang akhbar di Restoran Uncle Lim’s, Sea Park, di sini pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Cabang Keadilan Segambut, Derick Teh.
Dalam pada itu, menurut abang ipar mangsa, Abdul Rahim, 35, susulan kegagalan menghubungi mangsa, ahli keluarga telah membuat dua laporan polis.
Ujarnya, menerusi pesanan suara yang dihantar oleh mangsa, keluarga perlu membayar wang tebusan sebanyak AS$8,000 atau bersamaan RM39,000.
“Ahli keluarga sudah membuat laporan polis dan kami diminta untuk menunggu tindakan susulan daripada pihak berkuasa.
“Kalau boleh saya minta kerajaan bantu adik ipar saya kembali ke pangkuan keluarga. Dia nak menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mak,” ulasnya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo berkata, golongan belia yang ingin bekerja di luar negara perlu memeriksa butiran permit di pejabat Kementerian Luar Negeri.
Tambah beliau, setiap keputusan yang dibuat perlu mendapatkan pandangan ibu bapa atau orang terdekat.
“Saya ingin menasihatkan anak-anak muda di luar sana supaya tidak terburu-buru dalam membuat keputusan berkaitan tawaran kerja di negara jiran.
“Keadaan ekonomi negara baru sahaja pulih, jadi saya harap semua bersabar dan jangan membuat keputusan melulu,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 26 2024
Dari kiri) Derick, Nur Aniyah, Abdul dan Daniel dalam sidang akhbar di Restoran Uncle Lim's, Sea Park, Petaling Jaya pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
'Anak diseksa, dipukul, dipaksa makan daging babi' - Ibu
Hasrat seorang lelaki OKU mengumpul wang sempena Aidilfitri musnah apabila menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Myanmar-Thailand.