Datuk Seri S Vell Paari memfailkan saman pemula terhadap bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menentukan tahap kesihatan mental bapanya itu.
Vell Paari, 57, sebagai plaintif memfailkan saman itu di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Mathews Hun Lachimanan pada 2 Disember lalu dengan menamakan Samy Vellu, 82, sebagai defendan.
Berdasarkan saman pemula, plaintif memohon siasatan diadakan untuk menentukan sama ada defendan mempunyai masalah mental serta tidak berupaya untuk menguruskan diri dan hal ehwal dirinya.
Plaintif membuat permohonan itu mengikut Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 bagi menentukan tempoh masa bapanya mengalami kecelaruan mental.
Selain itu, ia bagi menentukan sama ada defendan berupaya memberi arahan kepada peguam untuk bertindak bagi pihaknya serta jenis harta dimiliki Samy Vellu.
Vell Paari menamakan bapanya itu sebagai defendan tunggal.
Sementara itu, Vell Paari melalui afidavit sokongannya berkata ibunya, Toh Puan R Indrani, 79, dan adik perempuannya, S Mangayerkarasi, 56, tahu mengenai permohonannya dan akan membuat afidavit berasingan bagi mengesahkan sokongan mereka.
“Saya dan bapa tiada masalah dalam hubungan kami. Malah, menjelang 2017 lalu, bapa saya memberikan kebenaran pada saya untuk menguruskan kewangan dan hal ehwal peribadinya demi kebaikan beliau dan keluarga,” katanya.
Samy Vellu berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput selama lapan penggal dari September 1974 hingga Mac 2008.
Bermula 1978, Samy Vellu dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan kemudian menjadi Menteri Kerja Raya dan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.
Beliau sekali lagi menjadi Menteri Kerja Raya sehingga kehilangan kerusi Parlimen kepada Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum Mac 2008.
Sinar Harian
Mon Dec 09 2019

Vell Paari menamakan bapanya itu sebagai defendan tunggal. - Gambar fail/BERNAMA

Sidang Media Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Ikuti Sidang Media untuk mengumumkan kes kartel tipuan bida dalam perolehan awam di Malaysia oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

32 OKU penglihatan tawan Bukit Dinding
Misi menawan bukit itu dijayakan menerusi Program Eksplorasi Belia Kurang Upaya Penglihatan.

Syed Saddiq arah 'clearkan' wang RM1 juta selepas disiasat SPRM - Saksi
Ditanya mengapa Syed Saddiq menyuruh dia 'clearkan' wang terbabit, Rafiq Hakim Razali, 32, menjawab "Dia takut duit itu disita."

Cerita Sebalik Berita: Perkembangan banjir di Baling
Kejadian banjir kilat dan kepala air di Baling sudah mengorbankan tiga individu yang sebelum ini dilaporkan hilang iaitu seorang wanita warga emas berusia 53 tahun, wanita hamil dan seorang remaja berusia 14 tahun yang ditemukan berpelukan dibawah timbunan pokok.

Suara Rakyat | Minyak masak peket habis, pengguna terpaksa 'berkorban'
Pemansuhan subsidi minyak masak botol sejak 1 Julai lalu beri kesan besar kepada sebilangan penduduk di Kota Kinabalu. Mereka mendakwa stok minyak masak peket di pasaran sudah habis menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih untuk beli minyak masak botol. Situasi ini amat membebankan terutama bagi peniaga kecil.

Food@Campus Keluarga Malaysia diteruskan
KPT meneruskan kesinambungan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di IPT melalui Food@Campus Keluarga Malaysia.

Cerita Sebalik Berita: Keselamatan tetamu Allah di Makkah
Perjalanan jemaah Haji dipantau Pusat Operasi 911 Makkah bagi melancarkan pergerakan jemaah di sekitar lokasi Haji. Editor Astro AWANI Nazri Kahar yang berada di Tanah Suci bagi membuat liputan persiapan dan perjalanan musim Haji kali ini memantau persiapan yang dilakukan kerajaan Arab Saudi itu.

Pelupusan Haram | Misteri bau busuk terjawab, JAS temui lombong 'kimia'
Misteri bau kurang menyenangkan yang mengganggu penduduk sekitar Dengkil, Cybersouth dan Presint 5, Putrajaya sejak seminggu lalu akhirnya terjawab. Penemuan lokasi pencemaran bau dipercayai berpunca daripada bahan buangan kimia di lokasi tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk.

17 premis makanan kotor di Kelantan diarah tutup
Sebanyak 17 daripada 4,097 premis makanan di Kelantan diarahkan tutup setakat ini berikutan gagal mematuhi peraturan kebersihan dari segi aspek penyediaan dan penyimpanan.

DAP jangka PRU15 diadakan tahun depan
DAP menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.

Permohonan pemeriksaan tahap kesihatan mental Samy Vellu dibenarkan
Permohonan Vell Paari supaya bapanya, Samy Vellu dibenarkan jalani pemeriksaan tahap kesihatan mental dibenarkan Mahkamah Tinggi.

Anak fail saman periksa tahap mental Samy Vellu
S Vell Paari fail saman pemula terhadap Tun S Samy Vellu bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menentukan tahap kesihatan mental bapanya itu.