Peluang mengikuti Program Generasi Global LimKokWing anjuran Felda ke London memberi kesempatan kepada 65 anak-anak Felda untuk mendalami ilmu selain menguasai Bahasa Inggeris.
Selain dapat melihat dunia luar, mereka dapat mempelajari budaya asing termasuk menepati masa dan budaya membaca.
Pelajar tersebut hanya berada di London selama empat bulan.
Namun kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
Mereka merupakan sebahagian daripada 100 anak Felda yang terpilih bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Baki yang lain akan tiba di tanah air pada Selasa manakala seorang lagi pelajar, meninggal dunia di London.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Universiti LimKokWing, Datuk Fajura Juffa Mohd Mustafa Kamal ketika menyambut kepulangan pelajar terbabit gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak Felda ini.
Fajura turut berharap program ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
Astro Awani
Mon Jan 21 2013
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.