awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak gajah ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/01/2021
04:05 MYT
Anak gajah ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat
Bangkai anak gajah ditemukan di tepi jalan dipercayai dilanggar kenderaan berat KM11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi Ahad. - Gambar media sosial
GERIK:Seekor anak gajah jantan ditemui mati di tepi jalan KM11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi Ahad, dipercayai dilanggar kenderaan berat.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, anak gajah itu dianggarkan berusia empat hingga lima tahun.
Menurutnya, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau pengakuan pihak yang melanggar gajah tersebut.
"Berdasarkan kesan di lokasi kejadian, memang gajah itu dalam kumpulan yang dianggarkan antara 10 hingga 14 ekor.
"Kawanan gajah mungkin akan menyerang sekiranya merasakan mereka terancam apalagi jika terdapat anak kecil dalam kawanan tersebut," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan prihatin apabila melalui jalan raya terutama JRTB Gerik-Jeli, kerana kawasan tersebut merpakan habitat dan laluan gajah.
Beliau berkata, pihak Perhilitan telah memasang beberapa papan tanda peringatan sepanjang jalan berkenaan.
Pada Jumaat, seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah.
Yusoff berkata, bangkai harimau dahan berusia anggaran lima hingga enam tahun itu ditemui oleh kakitangan Perhilitan yang melalui jalan berkenaan.
Topic Berkaitan
#anak gajah mati
#dilanggar kenderaan berat
#gerik-jeli
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
#Jalan Raya Timur Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan