awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman penyakit semakin serius, ubat semakin kurang di Gaza - Pihak kesihatan
KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak gajah jantan yang diselamatkan di Lahad Datu mati

Bernama
Bernama
02/09/2018
15:29 MYT
Anak gajah jantan yang diselamatkan di Lahad Datu mati
Seekor anak gajah jantan Pygmy Borneo yang cedera akibat terkena perangkap 'snare', diselamatkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dalam kejadian di Taliwas, Lahad Datu, baru-baru ini.
Seekor anak gajah jantan yang diselamatkan di Hutan Simpan Ulu Segama, Lahad Datu pada Selasa lepas, mati pada Ahad.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah, Siti Nur'ain Ampuan Acheh berkata anak gajah berusia kira-kira lima tahun itu mati kira-kira 8.20 pagi ketika dalam perjalanan ke Santuari Gajah Borneo, Kinabatangan untuk rawatan lanjut.
"Bedah siasat yang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian mendapati haiwan tersebut mati disebabkan 'septicemia' (keracunan darah) akibat kecederaan kesan daripada terkena perangkap," kata beliau dalam satu kenyataan.
Pada 28 Ogos, seekor gajah jantan dilaporkan cedera selepas kaki kirinya di bahagian depan terkena perangkap dan pasukan dari SWD terdiri daripada seorang doktor veterinar dan renjer hidupan liar telah dihantar ke lokasi untuk menyelamatkan gajah yang cedera itu.
Gajah itu didapati mengalami luka yang parah dan mendalam yang telahpun merebak ke tulang selain keadaan badannya sangat lemah.
Kematian terbaharu ini menjadikan 25 ekor gajah dibunuh dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dengan kebanyakan gajah yang mati itu ditemukan sejak empat bulan lepas. -- Bernama
BACA: Bunuh gajah: RM120,000 ganjaran untuk saksi, pemberi maklumat
BACA: Lagi gajah pygmy Borneo ditemui mati ditembak
BACA: Pasukan khas ditubuh kekang kepupusan gajah pygmy Borneo
BACA: Anak gajah Pygmy Borneo diselamatkan dari perangkap
Topic Berkaitan
#gajah mati
#gajah sabah
#jabatan hidupan liar sabah
#septicemia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan