awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak istimewa perlu perhatian khusus

Bernama
Bernama
29/06/2015
02:09 MYT
Anak istimewa perlu perhatian khusus
Kanak-kanak istimewa perlu diberi kasih sayang yang secukupnya terutama daripada keluarga mereka sendiri. - Gambar hiasan
Kanak-kanak istimewa perlu diberi perhatian khusus berbanding kanak-kanak normal yang lain dengan sama sekali tidak menyisihkan mereka.
Pengerusi Kumpulan Leong Hup, Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang berkata ini kerana kanak-kanak istimewa perlu diberi kasih sayang yang secukupnya terutama daripada keluarga mereka sendiri.
"Ibu bapa yang mempunyai anak-anak dalam kategori ini perlukan sokongan masyarakat kerana biasanya mereka menghadapi masalah seperti kewangan, masa dan tenaga dalam menguruskan keperluan serta kebajikan anak-anak mereka.
"Kita tidak berada di tempat ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Jadi sebagai anggota masyarakat, kita perlu membantu apa termampu," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kanak-kanak Istimewa 2015 di Dewan Yong Sheng, Bakri di sini pada Ahad.
Francis Lau berkata pelbagai cara boleh disumbangkan oleh individu atau mana-mana pihak untuk membantu mereka yang dikategorikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), misalnya dari segi rawatan, bimbingan dan kewangan.
Katanya sebarang bentuk pertolongan atau sumbangan akan membantu meningkatkan taraf hidup mereka menjadi lebih baik, sekali gus merasa dihargai serta tidak dilupakan dalam kehidupan bermasyarakat.
Beliau turut memuji peranan dimainkan ibu bapa yang bersabar dan memberi sepenuh kasih dalam menjalankan tanggungjawab keibubapaan kerana kanak-kanak istimewa itu memerlukan pemantauan dan bimbingan berterusan.
"Begitu juga tenaga pengajar yang mengajar dengan penuh dedikasi di semua pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kerana bukan mudah mengendalikan kanak-kanak istimewa itu yang tentunya perlukan lebih perhatian," katanya.
Pada majlis tersebut, Francis Lau turut menyerahkan sumbangan RM4,000 kepada PDK Maharani, PDK Parit Keroma, PDK Sungai Abong dan PDK Bukit Naning di daerah ini.
Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya dan makanan kepada 210 kanak-kanak istimewa dari empat PDK itu, selain mengumumkan akan menaja umrah secara percuma untuk semua pekerja PDK tersebut yang sudah lebih 25 tahun berkhidmat.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak istimewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan