awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak jati dipelawa sertai pertandingan kemerdekaan Sarawak

Bernama
Bernama
07/01/2013
03:40 MYT
Anak jati dipelawa sertai pertandingan kemerdekaan Sarawak
Anak Sarawak dipelawa menyertai pertandingan mencipta tema, logo dan lagu sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Kemerdekaan Sarawak dan penubuhan Malaysia.
Tarikh tutup pertandingan anjuran kerajaan negeri ini, yang juga terbuka kepada rakyat Malaysia yang tinggal di Sarawak, ialah 31 Januari ini.
"Pemenang pertandingan ini akan menerima sijil penghargaan dan wang,iaitu RM30,000 bagi lagu, RM10,000 bagi tema dan RM10,000 bagi logo ciptaan mereka," kata urusetia pertandingan, Yayasan Sarawak, dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya peserta boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam satu kategori atau lebih dan semua penyertaan perlu dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan Jawatankuasa Mencipta Logo, Tema dan Lagu di Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah di sini.
Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh dimuat turun daripada laman web Yayasan Sarawak www.yayasansarawak.org.my, kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Anak jati Sarawak
#pertandingan kemerdekaan Sarawak
#Yayasan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan