KUANTAN:Anak jati Pahang Nur Athirah Mohamad Zaini, 19, berjaya menjulang nama negara apabila disenarai pada kedudukan kedua dunia selepas memperolehi markah tinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) pada Dis lepas.
Nur Athirah memperoleh tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2), yang menyaksikan penuntut di INTEC Education College di Shah Alam, Selangor itu berkongsi tempat dengan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Putera Aiman Abdul Rashid, 19.
Nur Athirah ketika dihubungi Bernama berkata usaha dan penat lelahnya mengulang kaji pelajaran selama ini berbaloi dengan keputusan cemerlang itu, yang sudah tentunya membanggakan kedua-dua orang tuanya.
Menurut anak keempat kepada pasangan Mohamad Zaini Ismail, 59, dan Noorhaslinda Mat Ali, 49, itu, pesan ibu bapanya supaya tekun belajar bagi memperoleh masa depan yang baik digunakan sebagai pemangkin semangat ketika menuntut ilmu.
"Ibu dan ayah saya amat bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini dan mereka selalu mengingati saya untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana ini juga untuk masa depan saya sendiri," katanya yang berazam menjadi seorang akauntan profesional sejak dibangku sekolah lagi.
Ditanya mengenai rahsia kejayaannya yang juga pernah memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak kelahiran Balok, Kuantan itu berkata beliau melakukan ulang kaji setiap hari tanpa gagal.
"Saya tidak pernah meninggalkan pelajaran walau sehari, sekurang-kurangnya setiap hari perlu membuka buku walau sedikit sahaja yang dapat," kata Nur Athirah yang dijangka menamatkan kursus CAT pada Oktober ini, sebelum meneruskan pengajian The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di INTEC.
Sementara itu, Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) dalam kenyataan berkata kejayaan Nur Athirah membuktikan bahawa dengan bimbingan dan dorongan yang berterusan, pelajar Bumiputera juga mampu meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.
Menurut MyPAC, pencapaian bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan itu, yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di bawah kelolaan MyPAC sejak tahun lepas amat bermakna buat semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021
Nur Athirah memperoleh tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2). - Bernama
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Anak jati Pahang julang nama negara, raih markah tinggi peperiksaan CAT
Nur Athirah memperoleh tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2).