awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak lemas, bapa hilang dalam tragedi bot karam di Miri

Bernama
Bernama
13/02/2017
03:05 MYT
Anak lemas, bapa hilang dalam tragedi bot karam di Miri
Kejadian berlaku apabila juragan bot nelayan itu cuba membuat pusingan secara mengejut, namun ia terbalik akibat tiupan angin kencang menyebabkan bot tersebut karam. - Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki mati lemas manakala bapanya hilang dalam tragedi bot nelayan karam berhampiran Pangkalan Kampung Muhibbah, Kuala Baram Lama, di sini pukul 10.40 malam tadi.
Dua lagi mangsa termasuk juragan bot berusia 47 tahun, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, mayat mangsa, Stewart Rumpun, 18, dijumpai pukul 8.22 pagi ini.
"Seorang lagi mangsa iaitu bapa kepada Stewart, Rumpun Pungat yang berusia 68 tahun masih belum ditemui," katanya.
Law berkata kejadian berlaku apabila juragan bot nelayan itu cuba membuat pusingan secara mengejut, namun ia terbalik akibat tiupan angin kencang menyebabkan bot tersebut karam.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#hilang
#lemas
#Nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan