awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak polis tertembak ibu di Kelantan

Bernama
Bernama
16/06/2018
22:14 MYT
Anak polis tertembak ibu di Kelantan
Kejadian berlaku ketika anak lelaki mangsa berusia 25 tahun menemui sepucuk pistol bapanya yang diletakkan di atas sebuah almari dekat ruang dapur rumah mereka. - Gambar hiasan
Seorang isteri anggota polis patah tulang bahu kanan selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh anaknya secara tidak sengaja menggunakan pistol bapanya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini, Sabtu.
Mangsa, Noor Aida Mat Yusoff @Ahmad, 48, mengadu sakit bahu kanan selepas terdengar bunyi satu das tembakan sebelum dipapah suaminya, seorang anggota berpangkat Sarjan, yang kebetulan berada bersama sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) di sini untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata kejadian itu berlaku jam 10.30 pagi ketika anak lelaki mangsa berusia 25 tahun menemui sepucuk pistol bapanya yang diletakkan di atas sebuah almari dekat ruang dapur rumah mereka.
Beliau berkata suspek menyangka pistol yang dijumpai itu adalah pistol mainan untuk menembak cicak dan secara tidak sengaja menarik picu pistol terus melepaskan tembakan yang terkena bahagian belakang ibunya.
"Selepas itu, ibunya mengadu sakit bahagian bahu kanan dan terkejut apabila mengetahui terkena peluru pistol yang dilepaskan anaknya itu," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Mohd Taufik berkata ketika dibawa ke hospital berkenaan untuk pemerikaan mendapati tulang bahu kanan mangsa patah dan terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.
Beliau berkata suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. -- Bernama
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Gua Musang
#Hospital Gua Musang
#Noor Aida Mat Yusoff
#pistol
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan