PADANG BESAR:Simpati dengan beban ibu dan nenek mencari rezeki, dua pelajar yang kehilangan tonggak keluarga, Farahanim Mohd Noor dan Muhammad Hazim Azizi, menggunakan kesempatan sekolah ditutup akibat pandemik COVID-19 untuk bekerja sambilan mengumpul wang bagi membeli keperluan sekolah.
Farahanim, 17, bergelar yatim piatu selepas kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya ketika dia berumur tiga tahun manakala Muhammad Hazim, 17, anak kedua daripada tiga beradik hilang ketua keluarga selepas bapanya meninggal dunia tiga tahun lepas akibat penyakit darah tinggi.
Farahanim dan Muhammad Hazim merupakan antara pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di seluruh negara yang kembali ke sekolah hari ini bagi meneruskan persekolahan secara bersemuka.
Farahanim yang dibela neneknya, Noriah Ismail, di Kampung Nesam, di sini berkata, dia terpaksa bekerja di sebuah pasar raya, untuk membeli komputer riba dan memasang internet bagi memudahkannya mengikuti pembelajaran secara dalam talian di rumah.
"Saya tidak malu untuk mengaku masih memakai kad prabayar dengan tambah nilai RM5. Ia hanya mampu bertahan tiga hari untuk dapatkan kemudahan internet bagi mengikuti kelas pembelajaran secara dalam talian.
"Hendak minta dengan tok (nenek) tidak sampai hati kerana wang hasil ambil upah menjual sayur di pasar selain wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima nenek setiap bulan hanya cukup untuk makan sahaja...jadi saya perlu bantu nenek..kesian dia " katanya.
Sementara itu Muhammad Hazim berkata: "Ayah meninggalkan kami tiga tahun lalu, saya kasihan lihat ibu seorang diri mencari rezeki buat kami bertiga... saya ambil keputusan bekerja sementara di sebuah restoran di Kangar sepanjang lima bulan lepas (bermula Ogos) bagi mencari sedikit wang.
"Bagi saya tidak salah bekerja sambil belajar...janji pandai bahagikan masa," katanya sambil mengelap meja makan di sebuah restoran, kepada Bernama baru-baru ini.
Muhammad Hazim, pelajar aliran sains di sebuah sekolah kluster di sini yang memasang impian bergelar ahli geologi berkata walaupun bekerja sambilan dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1,000 sebulan, beliau tetap mengikuti kelas pembelajaran secara dalam talian.
"Saya guna duit hasil titik peluh sendiri untuk beli kelengkapan sekolah dan bantu ibu beli baju untuk adik," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad sebelum ini berkata, terdapat pelajar SPM perlukan bantuan bagi pulihkan semangat mereka untuk memulakan sesi persekolahan hari ini berikutan sebahagian daripada mereka telah bekerja secara sambilan bagi membantu keluarga ketika sekolah ditutup.
Katanya ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kaunselor sekolah diminta bersama-sama membantu memulihkan semangat pelajar terbabit memulakan persekolahan kerana SPM adalah peperiksaan yang penting bagi menentukan masa depan anak muda. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021
Farahanim Mohd Noor dan Muhammad Hazim Azizi enggan membebankan ibu dan nenek mereka yang terpaksa bekerja keras menyara mereka. - Gambar hiasan
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.
PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan
Anwar hari ini meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi beliau.
"Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy" - Isteri Syed Danial
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'
Semakin ramai anak yatim di Gaza
Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Nahas di Kota Tinggi: Satu maut, 13 cedera termasuk 12 anak yatim
Kemalangan melibatkan kereta Nissan Sentra dipandu seorang lelaki dengan sebuah van Kia Pregio yang membawa 12 anak yatim dari Peyara.
Amang seksual dan dera anak yatim, dua penjaga pusat jagaan ditahan
Polis menahan dua penjaga sebuah pusat jagaan kanak-kanak di kerana dipercayai mendera dan melakukan ambang seksual ke atas dua anak yatim.
6 beranak maut: Pesanan emak, gambar kenangan terakhir - Anak
Pesanan ibu tak kirim lauk dan hantaran gambar pada aplikasi WhatsApp kini hanya tinggal kenangan bagi Abdurrahman Amir Ruddin, 19.
Sebak ambil sijil konvo bapa
Seorang anak tidak dapat menahan sebak ketika menerima sijil bagi pihak bapanya, Allahyarham Mohd Rozahar Mohd Nor, 50, yang meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru Selasa lalu.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
MAIWP, Prihatin santuni 2,000 golongan asnaf
Tahun ini MAIWP mengeluarkan bajet terbesar untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Aidifitri ini.