NATIONAL
Ananda Krishnan meninggal dunia

Ananda Krishnan (foto) meninggal dunia di usia 86 tahun pada Khamis. - Sumber foto Usaha Tegas Sdn Bhd
KUALA LUMPUR: Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam meninggal dunia, di usia 86 tahun, pada Khamis.
Ringkasan AI
- Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam, meninggal dunia pada usia 86 tahun pada 28 November 2024.
- Beliau dikenali atas sumbangannya dalam pembangunan negara dan dunia korporat, serta sifat filantropinya yang memberi kesan besar kepada masyarakat.
- Ananda Krishnan adalah pengasas Maxis Berhad dan Astro Malaysia Holdings Bhd, serta memiliki pegangan besar dalam Bumi Armada Bhd.
"Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam.
"Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024."
Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.
"Sifat filantropinya juga memberi kesan serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati," tulis kenyataan itu lagi yang turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung ketika ini.
Ananda Krishnan merupakan pengasas syarikat pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Berhad, serta syarikat penyiaran dan media Astro Malaysia Holdings Bhd.
Beliau juga memiliki pegangan besar dalam syarikat penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd, melalui Objektif Bersatu Sdn Bhd.
Pada April lalu, majalah Forbes menyenaraikan Ananda Krishnan sebagai individu keenam terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$4.8 bilion (RM21.3 bilion).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami