NEW DELHI: Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Beliau berkata sebarang operasi ketenteraan di sana akan melipatgandakan kematian.
"Ini sesuatu yang kami tidak boleh tahan," katanya pada petang Jumaat di Kelab Koresponden Asing di sini.
Dianggarkan seramai 1.5 juta warga Palestin atau dua pertiga daripada populasi Gaza berlindung di Rafah selepas serangan tentera Israel selama enam bulan mengakibatkan ramai penduduk di utara dan kawasan lain di Palestin hilang tempat tinggal.
Setelah menghancurkan sebahagian besar daripada Gaza, rejim Israel mengancam untuk meluaskan pendudukannya termasuk ke Rafah berhampiran sempadan Mesir biarpun diberikan amaran oleh negara itu supaya tidak melakukannya.
Wael berkata Israel mahu mengusir warga Palestin dari Gaza untuk mengambil tanah mereka sebagaimana rejim Zionis itu menghalau orang Arab daripada tanah mereka di Palestin lebih daripada 75 tahan lepas.
"Sekali penduduk Palestin meninggalkan tanah mereka, mereka tidak akan dibenarkan oleh Israel untuk kembali. Justeru, segala persoalan tentang warga Palestin akan lenyap," kata Wael.
Mesir telah memberitahu Israel supaya tidak melampau batas dengan memaksa warga Palestin masuk ke wilayahnya.
Wael berkata sekiranya warga Palestin meninggalkan Gaza dan menyeberang masuk ke Gurun Sinai, mereka akan terus berjuang untuk tanah mereka.
Apakan kedudukan Mesir dalam keadaan itu ?" soal beliau dan memberi amaran mengenai bahaya yang akan melanda rantau itu dan boleh menjejaskan kedamaian yang wujud antara Israel dan Mesir sejak perjanjian damai antara kedua-dua negara pada 1979.
"Adakah kita mahu keseluruhan rantau ini terbakar?" soal beliau.
"Justeru, kami jelaskan. Ini adalah batasnya. Warga Palestin tidak akan meninggalkan tanah mereka," kata duta itu.
Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 34,356 warga Palestin dan mencederakan 77,368 orang lagi di Gaza, sejak Oktober, menurut perangkaan itu setakat Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Dianggarkan seramai 1.5 juta warga Palestin berlindung di Rafah ketika ini. - Gambar/ Reuters
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Projek Dermaga Gaza siap, bantuan mula diagih tidak lama lagi - Tentera AS
Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan ia selesai membina sebuah dermaga sementara di luar pantai Semenanjung Gaza.
China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
AS-Israel tidak sehaluan lagi kerana ofensif Rafah
Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Israel semakin tegang selepas Presiden Joe Biden memberi amaran tegas tentang rancangan ofensif berskala besar itu.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.