Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa rakyat Malaysia terutamanya peniaga-peniaga di Jalan Alor dan kawasan sekitarnya di Kuala Lumpur supaya tenang dan yakin dengan polis bagi memastikan keselamatan di jalan-jalan berkenaan.
"Saya mahu memuji polis dan (rangkaian) risikan (mereka) kerana menjalankan tugas dengan baik bagi menangani isu pengganas di negara ini.
"Kami berharap polis akan terus meningkatkan pemantauan bagi memastikan kita bebas daripada serangan pengganas di negara ini," katanya pada sidang media selepas Dialog Pasca Persidangan dengan Pemimpin Industri di pejabat beliau di sini, hari ini.
Liow, yang juga Menteri Pengangkutan diminta mengulas mengenai nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur semalam mengenai kemungkinan berlakunya serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya.
Sementara itu, Liow menggesa polis mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menggesa supaya diadakan perhimpunan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur esok.
Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Jamal Md Yunus mengancam untuk mengadakan satu lagi perhimpunan di Jalan Petaling esok.
Mengenai Dialog Pasca Persidangan dengan Pemimpin Industri itu, Liow berkata sebanyak 10 resolusi yang dikemukakan pihak industri akan dibawa ke Persidangan Perwakilan Tahunan MCA akan datang.
Beliau berkata antara resolusi yang dikemukakan ialah isu kekurangan tenaga mahir tempatan dalam industri utama seperti logistik dan kesukaran mendapat pekerja asing dalam sektor komoditi.
Bernama
Fri Sep 25 2015
Liow menggesa polis mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menggesa supaya diadakan perhimpunan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur esok. - Gambar Fail
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Gaduh di kedai makan: Polis rakam keterangan lima individu
Siasatan sebelum ini dijalankan berdasarkan satu video tular dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang memaparkan kejadian pergaduhan itu.
Polis tahan suspek terlibat dalam pemalsuan dokumen keputusan ujian COVID-19
Pihak polis berjaya menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam sindiket memalsukan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19.
Ancaman pengganas: Rakyat diminta yakin dengan polis - Liow
Rakyat Malaysia terutamanya peniaga-peniaga di Jalan Alor dan kawasan sekitarnya di KL supaya tenang dan yakin dengan polis bagi memastikan keselamatan di jalan-jalan berkenaan.
Dakwaan ancaman pengganas di Jalan Alor, tiga ditahan
Pihak polis turut meningkatkan rondaan di Jalan Alor dan sekitar Kuala Lumpur selepas menerima maklumat bahawa akan berlaku serangan pengganas di kawasan itu.
Polis jamin KL selamat - Ketua Polis KL
Datuk Tajuddin Md Isa berkata keselamatan di ibu kota adalah terkawal di sebalik nasihat perjalanan oleh Amerika Syarikat dan Australia.