awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens

Amanz
Amanz
01/10/2024
04:30 MYT
Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens
Teknologi ini menggunakan Gemini untuk memberikan maklum balas yang pantas dan membantu dalam carian video. -Amanz
GOOGLE kini menawarkan pelbagai kaedah untuk pengguna mencari sesuatu di web.

Ringkasan AI
  • Google Lens kini membolehkan pengguna merakam video pendek untuk melakukan carian, menjadikannya lebih interaktif dan unik.
  • Teknologi ini menggunakan Gemini untuk memberikan maklum balas yang pantas dan membantu dalam carian video.
  • Ciri ini telah diedarkan secara berperingkat kepada semua pengguna, termasuk peranti Android dan iOS, dan mungkin memerlukan langganan Google One AI Premium untuk prestasi terbaik.

Semuanya berasaskan enjin carian Google Search, tetapi pada telefon pintar penggunaan paling menarik adalah melalui Circle to Search.
Asas kepada teknologi kaedah ini adalah Google Lens, dan Google Lens baru-baru ini telah dinaik taraf dengan carian yang pada saya menarik dan unik.
Google Lens kini membenarkan anda merakam video pendek untuk melakukan carian.
Hasil carian pertama adalah ringkasan oleh Search Labs | AI Overview yang cukup bagus dalam mengenal pasti objek, jenama dan kategori.
Maklumat berikut adalah hasil carian Google biasa dengan pautan ke pelbagai laman web.
Menarik dengan kaedah ini, ketika merakam video pengguna perlu menyebut sekali soalan atau prom carian yang ingin dilakukan. Ia seakan versi ringkas ciri carian video berbual dengan chatbot AI.
Carian video dengan Google Lens ini jelas sekali menggunakan Gemini kerana ia pantas dalam memberi maklum balas yang cukup membantu.
Walau bagaimanapun tidak pasti jika prestasi ciri ini akan bergantung kepada akaun Google yang ada langganan Google One AI Premium.
Ciri ini dilihat telah diedarkan secara berperingkat kepada semua pengguna dan tidak lagi terhad kepada peranti dan platform tertentu.
Dalam semakan saya, peranti Android dan iOS kedua-duanya sedia menggunakan ciri ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Android
#Circle to Search
#Google Lens
#Gemini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan