Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menganggap golongan belia sebagai wira yang tidak didendangkan dalam usaha mereka membantu kerajaan meningkatkan kesedaran mengenai langkah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam perutusan sempena Hari Belia Negara 2020 hari ini, beliau berkata, ramai golongan belia yang berpengaruh di media sosial yang telah menunjukkan sokongan terhadap kempen “Stay At Home”, “Duduk Rumah” dan “Kekal Tenang”.
Hasil daripada sokongan itu, Muhyiddin berkata, ia membantu kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa pentingnya kesedaran itu demi menangani penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ini.
“Para pemimpin belia, agamawan muda dan artis belia yang berpengaruh di media sosial turut memberi sokongan dengan kempen “Stay At Home”, “Duduk Rumah” dan “Kekal Tenang” sebagai usaha dalam memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia terhadap kepentingan untuk menjayakan usaha PKPB ini.
“Anda semua adalah wira yang tidak didendang. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Semoga anda memperoleh ganjaran yang baik dalam kehidupan,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai Hari Belia Negara yang bertemakan - “Dekad Ini, Dekad Anda”, Perdana Menteri memaklumkan sambutan tahunan terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Namun, beliau berkata, pemilihan tema itu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk berganding bahu mengiktiraf golongan belia sebagai penyumbang utama kepada hala tuju pembangunan negara.
“Saya percaya bahawa belia pada hari ini juga perlu menerima, menghayati dan mengambil bahagian dalam normal baharu yang sedang berlaku susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
“Gaya hidup dan cara bekerja yang dahulu perlu berubah sesuai dengan keadaan semasa terutama pada masa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB di seluruh negara,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Muhyiddin berkata, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bukan sahaja untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 tetapi memastikan golongan belia tidak tercicir dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan, tinjauan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia menunjukkan 95.8 peratus belia menyokong inisiatif bantuan kewangan kerajaan menerusi Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk mendayaupayakan ekonomi belia yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Selain itu, katanya lagi, 78.7 peratus belia pula melihat inisiatif kerajaan itu mampu meningkatkan semula ekonomi negara.
“Dapatan ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa perancangan yang dibuat oleh kerajaan ini selari dengan harapan golongan belia. Namun, saya yakin, masih banyak lagi usaha yang perlu kita laksanakan bersama bagi menangani keadaan selepas wabak COVID-19 berakhir.
“Adalah diharapkan, peruntukan hampir RM10 bilion yang telah diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini dapat dimanfaatkan oleh semua golongan belia,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri May 15 2020
Sokongan golongan belia dalam membantu menjayakan kempen duduk di rumah bantu kerajaan yakinkan rakyat mengenai kesedaran tangani penularan COVID-19. - Gambar fail
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Hospital swasta mohon kebenaran dapat vaksin dari sumber lain
Hospital swasta bersedia memperoleh vaksin daripada sumber lain bagi membantu kerajaan mencapai imunisasi kelompok lebih cepat.
"Anda, wira tidak didendang" - PM rakam penghargaan buat golongan belia jayakan PKPB
Muhyiddin sifatkan golongan belia sebagai wira yang tidak didendangkan dalam usaha mereka membantu kerajaan meningkatkan kesedaran mengenai langkah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.