ANDROID 15 akhirnya dilancarkan secara rasmi selepas ia diumumkan pada Mei dengan ujian beta kemudiannya dilakukan.

Kod Android 15 kini telah memasuki pangkalan data Android Open Source Project (AOSP) dan boleh diakses oleh pengeluar yang ingin menggunakannya.

Google mengesahkan kemas kini Android 15 akan diberikan pada peranti Pixel dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, hanya peranti Pixel 6 dan ke atas akan menerima Android 15. Pada peranti pengeluar lain, kemas kini akan diberikan secara berperingkat di bulan-bulan mendatang.

Antara ciri baharu pada Android 15 ialah ciri Private space yang menyimpan maklumat dan fail tertentu dengan ia tidak boleh diakses oleh sistem sehinggalah dibenarkan.

Sokongan Braille dalam Talkback dan menyimpan kombinasi dua aplikasi dalam mod Multi Window turut disertakan sekali. -Amanz