Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta golongan muda menganggap kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ketika ini sebagai Rakan Gen Y.
Beliau berkata ini kerana kerajaan memahami, mengiktiraf dan akan melakukan yang terbaik untuk Gen Y di seluruh negara.
"Realitinya ialah, kalau kita hendak menentukan masa depan negara kita, maka kita perlu melakukan apa sahaja yang perlu hari ini untuk membentuk Gen Y kita supaya mereka dapat memperlihatkan jati diri yang kukuh, yang ada nilai-nilai murni dan mempunyai keupayaan untuk bersaing dan membawa negara kita ke arah kejayaan yang lebih unggul dan hebat lagi.
"Saya tidak terima bila orang kata Gen Y ni secara semula jadi bersikap antikerajaan... sebaliknya belia mempunyai potensi dan kita mesti bangunkan potensi mereka kerana inilah asas tapak untuk Malaysia yang lebih gemilang pada masa akan datang," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan 'Silver Youth Fest' anjuran kerajaan negeri Perak bersempena Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2015 di Taman DR Seenivasagam di sini hari ini.
Najib berkata Gen Y mempunyai dua elemen penting iaitu tenaga dan dinamisme yang perlu diiktiraf dan dibawa ke saluran betul agar mereka boleh menjadi generasi yang produktif dan menyumbang ke arah kejayaan negara.
"Sehubungan ini, saya setuju bahawa pendekatan konvensional tidak boleh dilakukan dan tidak boleh diterima oleh Gen Y dan generasi muda.
"Kalau kita bercakap, ibarat kata orang putih, 'talking down to the youth' (dengan cara meninggikan diri) sudah tentu mereka akan menolak pendapat dan pandangan kita sebaliknya kita mesti menyelami denyut nadi, isi hati, pemikiran, cita rasa dan aspirasi Gen Y sebagai cara kita memahami dan menghayatinya, maka kita boleh menggubal dasar dan program yang sesuai dengan cita rasa Gen Y.
"Inilah pendekatan yang harus dilakukan dan nampaknya kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry (Abdul Kadir) sudahpun faham," katanya.
Beliau berkata sehubungan itu, semua pihak perlu menggunakan platform seperti program Silver Youth Fest bagi memperlihatkan bahawa kerajaan pada masa ini berhasrat membangunkan para belia sesuai dengan hati nurani serta cita rasa mereka dan bukan mengikut kehendak kita.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa 'youth city' atau bandar belia akan diwujudkan di Tanjung Malim.
"Hari ini saya nak umumkan bahawa salah satu projek perintis yang kita nak buat untuk negara kita ialah untuk mewujudkan 'youth city' dan salah satu daripada 'youth city' yang pertama kita nak buat ialah di Tanjung Malim di mana segala perancangannya kita khususkan kepada keperluan Gen Y kita dari segi peluang pekerjaan, dari segi rekreasi, dari segi rumah berapa bilik dan sebagainya.
"Youth city ini adalah cerminan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini memahami, menghayati dan mahu melakukan yang terbaik untuk Gen Y," katanya sambil menambah idea untuk melibatkan generasi muda dalam program hari ini adalah cadangan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Terdahulu, Perdana Menteri menyertai kira-kira 1,000 orang melakukan kayuhan basikal sejauh satu kilometer.
Mereka dilepaskan Rosmah, yang merupakan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), pada 10.10 pagi.
Bernama
Sun Sep 06 2015
Najib (gambar) meminta golongan muda menganggap kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ketika ini sebagai Rakan Gen Y. -Foto Bernama
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kerajaan BN adalah kerajaan untuk orang muda - Najib
Tanggungjawab sebagai pemimpin bukan hanya untuk bermain politik atau membuat dasar bersifat jangka panjang dan populis, sebaliknya merangka dasar yang dapat memenuhi impian orang muda.