awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota APMM didakwa 32 pertuduhan terima suapan daripada nelayan

Bernama
Bernama
06/12/2021
09:02 MYT
Anggota APMM didakwa 32 pertuduhan terima suapan daripada nelayan
Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 32 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,200 sejak 2018 hingga 2019. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,200 sejak 2018 hingga 2019.
Tertuduh Mohd Norizan Yahaya, 46, seorang Bintara Muda Maritim di Zon Maritim Kuala Kedah, Kedah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Bapa kepada seorang anak itu didakwa diberikan suapan sebanyak RM200 hingga RM1,000, sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap nelayan Neo Siang Joo, melalui pemindahan wang secara dalam talian di sebuah bank di Jalan Mahkota di sini antara 13 Mei 2018 hingga 2 Jun 2019.
Tertuduh yang beralamat di Sitiawan, Perak itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dan berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Fauzee Azizan, yang menawarkan jaminan sebanyak RM20,000, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mohd Norizan dalam rayuannya memaklumkan dia perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan penghidap kanser pangkal rahim, serta seorang anak masih belajar.
Ahmad Zamzani kemudiannya menetapkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, dengan tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di SPRM serta menyerahkan pasport kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 6 Jan depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota APMM
#Rasuah
#terima suapan
#Mohd Norizan Yahaya
#Mahkamah Sesyen
#nelayan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan