awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota APMM mengaku tidak bersalah terima suapan RM7,900

Bernama
Bernama
06/07/2023
05:25 MYT
Anggota APMM mengaku tidak bersalah terima suapan RM7,900
Tertuduh didakwa menerima wang suapan itu menerusi lima transaksi daripada seorang pemilik syarikat perikanan yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya. -Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM7,900 antara 2017 hingga 2018.
Mohd Fadzil Abdullah, 48, yang bertugas di APMM Pulau Pinang didakwa menerima wang suapan itu menerusi lima transaksi daripada seorang pemilik syarikat perikanan yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Wisma Jelutong, Public Bank Relau dan Public Bank Lebuh Macallum, antara 17 April 2017 hingga 2 Ogos 2018 dan kelima-lima pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan, namun peguam tertuduh S. P. Raman memohon jumlah itu dikurangkan memandangkan anak guamannya menanggung seorang isteri dan tiga anak yang masih bersekolah.
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan Mohd Fadzil diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, berserta syarat tambahan iaitu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Fadzil Abdullah
#anggota APMM
#suapan RM7900
#pemilik syarikat perikanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan