ALOR SETAR: Penutupan Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Utara di Alor Setar tepat jam 12 tengah malam tadi meninggalkan kenangan pilu buat 15 anggota polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) selepas terpaksa berpisah dengan seekor kucing yang tinggal bersama lebih setahun lima bulan.
Bagi Sarjan Budian Saf Taib, 37, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, saat berpisah dengan kucing jantan yang dipanggil 'Kilat' itu sangat memilukan kerana haiwan itu berada bersama sejak dia mula bertugas di SJR itu.
Malah kucing itu adalah peneman dan penghibur buat mereka setiap hari.
Katanya, sifatnya yang manja dan patuh pada arahan disenangi semua anggota lain.
Jelas Budian, walaupun terdapat beberapa ekor lagi kucing lain namun Kilat paling mencuri perhatian.
"Kucing itu berada di sini sejak sekatan ini mula dibuka, kami tidak tahu dari mana haiwan itu datang.
"Kami berikan makanan kepada Kilat dan haiwan itu terus menjadi peneman kami di sini," katanya.
Namun Kilat terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk menjaganya.
Menurut Mohd Hadi Hashim, 38, dari Bahagian Elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, dia tidak menyangka kucing berwarna perang dan berbulu lebat itu menjadi miliknya selepas anggota polis memberikan kepadanya untuk dipelihara.
"Saya datang ke sini untuk membantu mereka berkemas dan terus ditawarkan untuk menjadi pemilik baharu kucing tersebut. Saya terus bersetuju," katanya.
Bagi Nor Asnah Saad, 51, anggota Rela yang lebih enam bulan bertugas di situ, berasa sedih saat melihat rakan lain mengemas barang-barang.
Katanya, mereka ibarat satu keluarga yang besar dan sifat ambil cakna antara satu sama lain tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
"Rasa sedih sebab sudah banyak bulan bertugas dengan mereka ini.
"Walaupun kami berlainan pasukan, kerjasama yang ditunjukkan sangat baik," katanya.
Turut berkongsi kenangan bersama adalah Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, di mana beliau sendiri pernah ditahan di SJR itu.
Katanya, sebagai ketua, beliau menghormati ketegasan anggotanya serta agensi lain dalam mengawal kenderaan serta individu yang ingin memasuki kawasan bandaraya dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
"Saya sebagai OCPD, apabila kita dalam keadaan memakai mask, saya sendiri pernah ditahan oleh anggota polis dan mereka tidak dapat mengecam dalam pakaian macam ini.
"Ini satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang penugasan SJR di Kota Setar ini apabila kita lalu kawasan tol ini, nanti kita akan rasa satu yang hilang setelah hampir dua tahun kita sentiasa melihat anggota anggota bertugas dalam keadaan hujan dan panas, tetapi pada malam ini semua penugasan ini telah tamat," katanya.
Tiga SJR iaitu di Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar Selatan dan Plaza Tol Hutan Kampung ditutup sepenuhnya tepat jam 12 tengah malam tadi.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Oct 11 2021
Kucing yang diberi nama Kilat itu adalah peneman dan penghibur buat petugas di SJR setiap hari. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
Anggota bertugas di SJR terpaksa berpisah dengan 'Si Kilat'
Malah kucing itu adalah peneman dan penghibur buat mereka setiap hari.