awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba buat komen jelik berkaitan politik berdepan tindakan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2025
00:10 MYT
Anggota bomba buat komen jelik berkaitan politik berdepan tindakan
Farhan Sufyan. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bakal berdepan tindakan tata tertib apabila dikesan membuat hantaran komen jelik berkaitan politik di laman sosial miliknya pada penghujung Mac lalu.
Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, siasatan ke atas anggota yang berusia 40-an itu telah dilakukan.
"Amaran kepada anggota berkenaan telah diberikan, bagaimanapun setakat ini belum ada tindakan yang diambil. Kami sedang menunggu maklum balas daripada ibu pejabat.
"JBPM Kelantan sentiasa memantau dari masa ke semasa serta memberikan nasihat dan peringatan kepada pegawai serta anggota supaya lebih berhati-hati apabila memberi komen di laman sosial," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan di Tok Bali di sini malam tadi.
Menurut beliau, JBPM Kelantan sentiasa memberi galakan kepada pegawai dan anggota untuk bergiat aktif di media sosial namun perlu berhati-hati dengan agama, kaum, dan institusi diraja (3R), dasar kerajaan serta elak komen jelik.
Ujarnya, ini kerana mereka sebagai penjawat awam terikat dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan anggota JBPM diingatkan agar berhati-hati ketika menggunakan media sosial, khususnya dalam mengulas isu-isu sensitif yang tidak selaras dengan etika penjawat awam.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Ts Nor Hisham Mohammad berkata, walaupun media sosial adalah medium yang baik untuk menyampaikan maklumat, penggunaannya perlu mematuhi garis panduan ditetapkan.
Menurut beliau, dalam tempoh dua tahun lalu, sebanyak 18 anggota telah menerima surat peringatan manakala seorang anggota bomba bantuan digantung tugas selama tiga bulan kerana melanggar etika penggunaan media sosial. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bomba
#komen jelik
#jbpm kelantan
#Farhan Sufyan Borhan
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan