awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba hilang ketika keluar memancing

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
20/04/2018
02:34 MYT
Anggota bomba hilang ketika keluar memancing
Mangsa, Wan Ramzi, memang meminati aktiviti memancing dan menangkap ikan di laut yang merupakan rutinnya setiap kali beliau tidak bertugas. - Gambar hiasan
Seorang anggota bomba hilang ketika keluar memancing berseorangan di laut malam tadi.
Anggota berkenaan dikenali sebagai Pegawai Bomba Kanan Dua, Wan Ramzi Wan Ibrahim, 37 tahun, bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Raja Arisan Sahseni Raja Semail, mangsa dikatakan keluar untuk memancing dengan menaiki bot dari jeti Pengkalan Kubor pada jam 7.30 pagi Khamis.
Bagaimanapun malam tadi, mangsa masih belum pulang menyebabkan keluarga memaklumkan kepada pihak polis dan bomba sebelum membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor sekitar jam 10 malam.
Raja Arisan berkata, mangsa memang meminati aktiviti memancing dan menangkap ikan di laut, yang merupakan rutinnya setiap kali beliau tidak bertugas.
Katanya, Wan Ramzi kebiasaannya keluar pada waktu pagi dan akan pulang pada petangnya.
Menurutnya lagi, mangsa dipercayai hilang di kawasan perairan Malaysia - Thailand , dengan jarak sekitar 12 kilometer dari pantai.
Operasi mencari mangsa digerakkan hari ini dengan bantuan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritime Malaysia (APMM) dan nelayan tempatan.
Topic Berkaitan
#bomba
#hilang
#laut
#Memancing
#nelayan
#tangkap ikan
#Wan Ramzi Wan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan