awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Cawangan Khas PDRM ditemui mati ditembak

Bernama
Bernama
05/02/2014
01:10 MYT
Anggota Cawangan Khas PDRM  ditemui mati ditembak
Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini, Selasa.
Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.
Ditemui pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah motosikal, sebuah topi keledar dan jaket.
Mangsa belum berkahwin.
"Kita masih menyiasat sama ada mangsa membawa senjata kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian," katanya.
Khairi berkata motif pembunuhan masih disiasat.
Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#cawangan khas
#ditembak
#mati
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan