awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota FRU maut kemalangan: Bedah siasat sembilan mayat dijangka selesai 8 malam ini - Polis

Bernama
Bernama
13/05/2025
09:34 MYT
Anggota FRU maut kemalangan: Bedah siasat sembilan mayat dijangka selesai 8 malam ini - Polis
Dalam kejadian pagi tadi sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan lori FRU dan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam kira-kira 8.50 pagi tadi. - Gambar fail
TELUK INTAN: Proses bedah siasat sembilan mayat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pagi tadi dijangka selesai seawalnya 8 malam ini.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata jenazah tujuh anggota beragama Islam dan dua jasad anggota bukan Islam itu akan dibawa ke Markas Unit 5, FRU Sungai Senam, Ipoh untuk diberi penghormatan terakhir.
Terdahulu, kesemua mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.
Noor Hisam mengesahkan identiti anggota yang maut adalah Sjn Perumal a/l Sugunanathan, 44, dari Lahat, Ipoh; Sjn Mohd Roslan Abd Rahim, 46, dari Tanjung Rambutan, Ipoh; Kpl Mohd Pozli Jaudin, 41, dari Gunung Rapat, Ipoh; Kpl Nurit Ak Pandak, 34, (Kampar) dan Kpl Amiruddin Zabri, 38, (Gopeng).
Empat lagi ialah Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, dari Taiping; Kpl Muhamad Akmal Muhamad, 35, dari Kuala Kurau; L/Kpl Damarrulan Abdul Latif, 33, dari Ipoh; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, dari Lunas, Kedah.
Kesemua jenazah akan disolatkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.
Jasad mendiang Perumal akan dibawa ke rumah keluarganya di Lahat, Ipoh manakala jasad mendiang Nurit yang merupakan anggota Orang Asli akan dibawa ke rumah keluarganya di Mambang Di Awan, Kampar.
Dalam kejadian pagi tadi sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan lori FRU dan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam kira-kira 8.50 pagi tadi.
Sementara itu, Noor Hisam berkata pemandu lori berusia 45 tahun yang ditahan didapati mempunyai enam rekod jenayah berkaitan narkotik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota FRU maut kemalangan
#nahas FRU
#proses bedah siasat
#Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami