awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PGA berpangkat koperal ditemui mati dengan kesan tembakan

Mohd Nazrin Hamdan
Mohd Nazrin Hamdan
18/03/2022
15:40 MYT
Anggota PGA berpangkat koperal ditemui mati dengan kesan tembakan
Seorang anggota polis ditemui maut, dengan satu kesan tembakan di rusuk kirinya di Jalan Riam di sini, pada Jumaat. - Foto ihsan polis
MIRI: Seorang anggota polis ditemui maut, dengan satu kesan tembakan di rusuk kirinya di Jalan Riam di sini, pada Jumaat. Lelaki berpangkat koperal yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu ditemui tidak bernyawa di dalam pikap yang dipandunya. Menurut Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 8.30 malam, dengan laporan adalah berkaitan sebuah pikap terbabas, sebelum melanggar sebatang pokok di lokasi kejadian.
“Sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bergegas ke lokasi kejadian dan hasil siasatan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mempunyai kesan tembakan. "Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada mangsa ditembak atau sebaliknya. Kata Hakemal lagi, individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Mohd Firdaus Hanafiah Zulkifley di talian 085-433730. Orang ramai tegasnya, dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial atau membuat sebarang spekulasi liar berkenaan kes ini.
Topic Berkaitan
#anggota PGA
#Koperal
#ditemui maut
#kesan tembakan
#Jalan Riam
#Miri
#Pasukan Gerakan Am
#Polis Daerah Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan