awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis antara 2 maut nahas empat kenderaan di Pagoh

Sinar Harian
Sinar Harian
14/09/2022
04:50 MYT
Anggota polis antara 2 maut nahas empat kenderaan di Pagoh
Keadaan kenderaan remuk selepas terlibat kemalangan di Kilometer 134.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berdekatan Pagoh pada Rabu. -Foto Sinar Harian
MUAR: Dua lelaki termasuk seorang anggota polis maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 134.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan dekat Pagoh di sini pada Rabu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Abd Rahman berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 4.48 pagi.
Susulan itu katanya, seramai 16 anggota dari BBP Pagoh dan BBP Bukit Gambir dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira, sebuah lori kontena jenis Hino membawa muatan air kotak, dua treler masing-masing sepanjang 12 meter membawa muatan besi dan kayu palet.
"Terdapat empat mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dengan tiga daripadanya warga tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, dua mangsa maut dalam kemalangan itu ditemui tersepit dalam lori dan kereta.
"Mangsa yang maut ialah anggota polis, Senawi Jelani, 55, yang berada dalam kereta dan pemandu lori, K Gunalan, 45.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, sementara itu dua mangsa, A Annadurai, 20, yang merupakan warganegara India dan Zamri Hashim, 29, cedera.
"Mereka diserahkan kepada pegawai perubatan untuk menerima rawatan.
"Operasi menyelamat mangsa tersebut tamat pada jam 8.30 pagi," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#anggota polis maut
#Senawi Jelani
#K Gunalan
#BBP Bukit Gambir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan