awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis antara 32 yang ditahan dalam serbuan parti liar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/08/2020
10:56 MYT
Anggota polis antara 32 yang ditahan dalam serbuan parti liar
Seorang anggota polis berpangkat Koperal antara 32 individu yang ditahan dalam serbuan parti liar di sini, awal pagi tadi.
Anggota polis berusia 24 tahun yang bertugas di IPD Kuala Muda itu ditahan dalam serbuan sekitar pukul 3.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tangkapan itu dibuat hasil daripada maklumat orang awam yang melaporkan terdengar bunyi muzik yang kuat dari sebuah rumah di Bandar Mutiara, Sungai Petani.
Berikutan itu, beliau berkata, anggota MPV Alpha terus bergegas ke lokasi berkenaan untuk membuat tinjauan sebelum menghubungi pegawai dari IPD Kuala Muda.
Sekitar pukul 3.45 pagi, pegawai terbabit sampai di lokasi dan mendapati pintu rumah itu dalam keadaan separuh terbuka sebelum menolak pintu dan memasuki rumah berkenaan seraya memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa kepada penghuni rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah
Pegawai bersama anggota polis kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan didapati, terdapat 22 lelaki dan 10 wanita dalam rumah terbabit yang berkumpul tanpa alasan yang munasabah selain kesemuanya didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.
Menurut Adzli, kesemua yang berada di dalam rumah tersebut sedang berkumpul mengadakan atau melakukan parti liar yang menyebabkan kesukaran untuk melaksanakan penjarakan fizikal.
Katanya, semua tertuduh dilakukan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 Jadual Nombor 11 PPDPPB (NO 7) 2020.
Kes disiasat mengikut Peraturan 3 Jadual Nombor 11 PPDPPB (NO 7) 2020 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.
Adzli berkata, anggotanya yang ditahan itu turut didapati positif dadah dan kesemua mereka akan direman esok.
Topic Berkaitan
#Adzli Abu Shah
#anggota polis
#bandar mutiara
#Kedah
#Ketua Polis Daerah Kuala Muda
#Koperal
#parti liar
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan