awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2024
03:50 MYT
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Keadaan kereta Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan di KM74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Maran pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
MARAN: Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.25 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah kereta peronda polis jenis Honda City dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, pemandu kereta, Koperal Mohd Razif Hamzah, 38 cedera parah tangan kiri manakala penumpang, Sarjan Mohd Azzuhair Hafifi Azman, 29, cedera di bahagian dada serta pemandu Toyota Hilux seorang lelaki berusia 48 tahun juga cedera di bahagian dada.
Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Maran ke Jengka 19 untuk menyiasat satu kes kemalangan.
"Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba datang Toyota Hilux dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan masuk ke laluan kereta itu dan berlanggar secara depan.
"Akibat daripada kemalangan ini, semua mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut," katanya.
Ujar beliau, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kereta peronda polis
#MPV polis
#anggota polis cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan