MALAYSIA
Anggota polis cedera parah dilanggar lari

Mangsa cedera parah selepas motosikal Yamaha Ego Avantiz ditunggang dihimpit oleh sebuah kenderaan tidak pasti. -Foto ihsan PDRM
SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera parah selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dilanggar lari dalam kejadian di Jalan Bukit Nenas, berhampiran Taman Rimbun Indah di sini pada Isnin.
Ringkasan AI
- Seorang anggota polis berpangkat koperal, Mohd Fairus Khamis, cedera parah selepas dipercayai menjadi mangsa langgar lari ketika menunggang motosikal ke tempat kerja di Jalan Bukit Nenas, Seremban.
- Mangsa mengalami patah tulang rusuk serta kecederaan serius di bahagian kepala dan bahu, dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar serta dijadualkan menjalani pembedahan segera akibat pendarahan di kepala.
- Polis sedang mengesan kenderaan yang terlibat dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan; kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Siasatan awal mendapati, apabila mangsa sampai di lokasi kejadian, motosikalnya hilang kawalan selepas dihimpit dan bergesel dengan sebuah kenderaan tidak pasti.
"Akibatnya, motosikal mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kiri manakala kenderaan terbabit dikatakan terus melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa alami patah tulang rusuk, cedera bahagian bahu dan kepala.
Ujarnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk rawatan lanjut dan difahamkan perlu dibedah segera kerana pendarahan serius di kepala.
"Polis kini sedang mengesan kenderaan yang menghimpit motosikal mangsa.
"Sehubungan itu saksi kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6033394 bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami