awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air

Bernama
Bernama
22/12/2024
13:45 MYT
Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air
Seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya di tali air di Jalan Utama Changkat Lada, dekat Kampung Gajah, hari ini. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya di tali air di Jalan Utama Changkat Lada, dekat Kampung Gajah, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang berusia 39 tahun itu, bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan baru selesai menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.47 petang, sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 16 kilometer.
"Mangsa disyaki lemas di tali air sewaktu mandi-manda bersama rakannya berhampiran dengan tali air pintu gerbang Changkat Lada. Mangsa dikatakan keletihan dan cuba ke tebing namun arus deras telah menghanyutkan mangsa.
"Anggota bomba membuat pencarian dengan menyusuri di sepanjang tali air dengan kedalaman air dianggarkan empat meter," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata khidmat anjing pengesan Unit K9 bomba akan membantu operasi pencarian yang akan disambung 8 pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#dikhuatiri lemas
#Tali air
#Jalan Utama Changkat Lada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan