awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis diserang 3 lelaki dengan cangkul, tembakan amaran dilepaskan

Bernama
Bernama
31/01/2019
12:08 MYT
Anggota polis diserang 3 lelaki dengan cangkul, tembakan amaran dilepaskan
Kesemua suspek, yang juga merupakan penduduk kampung berdekatan, bertindak sedemikian kerana tidak puas hati dengan tindakan anggota polis itu melaporkan kegiatan jenayah mereka. - Gambar hiasan
Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan dalam usaha mempertahankan diri ketika diserang oleh tiga lelaki dengan menggunakan cangkul di sebuah bengkel kereta berhampiran Balai Polis Taib Andak, Kulai, kira-kira 30km, dari sini, pada Rabu.
Dalam kejadian jam 3.18 petang itu, anggota polis tersebut diserang oleh kumpulan lelaki berkenaan ketika berada di bengkel dengan seorang suspek bertindak memecahkan kereta milik mangsa dengan cangkul.
Ketua Pollis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeo berkata selepas melepaskan tembakan amaran, anggota berkenaan, yang masih bertugas, berlari ke balai polis tersebut yang terletak kira-kira 500 meter dari bengkel berkenaan untuk mendapatkan bantuan.
Beliau berkata kesemua suspek, yang juga merupakan penduduk kampung berdekatan, bertindak sedemikian kerana tidak puas hati dengan tindakan anggota polis itu melaporkan kegiatan jenayah mereka di kawasan kampung.
"Ketiga-ketiga suspek berkenaan berusia antara 25 dan 57 tahun itu, berjaya ditahan sejam selepas kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan samun serta berada di bawah pengaruh dadah ketika bertindak menyerang anggota polis berkenaan.
"Ujian saringan air kencing mendapati kesemuanya positif dadah jenis methamphetamine," katanya.
Beliau berkata polis merampas sebatang cangkul yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Menurutmya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#Johor Bahru
#polis
#serangan
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan