awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis ditemui rentung dalam bilik

Petrus Bernard
Petrus Bernard
09/04/2022
10:02 MYT
Anggota polis ditemui rentung dalam bilik
Seorang anggota polis ditemui rentung dalam satu kebakaran bilik di Jalan Utara, Taman King Fook di sini, pagi tadi. - Gambar hiasan
TAWAU: Seorang anggota polis ditemui rentung dalam satu kebakaran bilik di Jalan Utara, Taman King Fook di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai S Yogeswaran, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, telah ditemui pasukan bomba dalam keadaan rentung.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin menerusi kiriman WhatsApp, mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
Katanya, siasatan awal sama ada di tempat kejadian mahupun di kalangan saksi-saksi untuk mengenal pasti petunjuk sedang giat dijalankan.
"Polis masih menjalankan siasatan dan perkembangan lanjut, kita akan keluarkan dalam sehari dua lagi," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.17 pagi.
"Kejadian melibatkan sebuah bilik yang terbakar 100 peratus dan berjaya dipadam sebelum jentera tiba. Pasukan bomba bertindak membuka pintu utama dan membuat pengudaraan.
"Hasil pemeriksaan mendapati seorang mangsa lelaki ditemui dalam bilik berkenaan dalam keadaan rentung," katanya ketika dihubungi.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#ditemui rentung
#Jalan Utara
#Taman King Fook
#S Yogeswaran
#IPD Tawau
#Polis Daerah Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan