awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut bertembung kenderaan ubah laluan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2021
23:15 MYT
Anggota polis maut bertembung kenderaan ubah laluan
Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan. -Gambar hiasan
KULAI: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam satu kemalangan di KM 20.9 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) pada pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerusi anggota trafik yang bertugas di kawasan itu menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 35 tahun menaiki motosikal jenis Yamaha R25 gagal mengelak kereta jenis Perodua Alza di hadapannya.
“Kereta itu dipercayai secara tiba-tiba mengubah laluan pemanduan ke lorong kiri setelah memotong kenderaan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beng Yeow berkata, mangsa yang bertugas di cawangan komandan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini untuk proses bedah siasat.
“Dalam kemalangan ini, pemandu kereta Perodua Alza itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kedua-dua kenderaan turut dibawa ke Puspakom Senai untuk diperiksa. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tok beng yeow
#Perodua Alza
#anggota polis berpangkat Lans Koperal maut
#ubah laluan pemanduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan