awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu Kod Tatalaku Laut China Selatan, AI Grok antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Gabungan Liberal–Nasional Australia berpecah susulan pertikaian undang-undang ucapan kebencian
Donnarumma mahu kembali ke Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut, kereta dinaiki bertembung lori

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/09/2019
14:02 MYT
Anggota polis maut, kereta dinaiki bertembung lori
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu. - Foto Astro AWANI
Seorang anggota polis maut manakala isteri dan dua anaknya parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori sehingga menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai.
Mangsa, Khairul Izat Romli, 34, dari Kampung Pantai Jamai, Langgar meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.
Kejadian kira-kira jam 4.35 petang Rabu itu berlaku di hadapan surau Jalan Kampung Teluk Binasa, Gunung Keriang, apabila mangsa dikatakan bertembung selepas kereta dipandunya gagal memotong kenderaan di hadapan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kereta Proton Wira yang dipandu mangsa terbabas ke dalam sungai berhampiran.
Mangsa yang memandu kereta itu dipercayai tersepit di tempat duduk pemandu dan anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan pemotong besi.
Katanya, sebelum itu isteri dan anak-anak mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba.
Pemandu kereta tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital yang tiba di lokasi.
Mohamadul Ehsan berkata, isteri mangsa dipercayai mengalami kecederaan di kepala manakala dua anak mangsa mengalami kecederaan di kaki.
Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala isteri dan anak mangsa yang mengalami kecederaan di hantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian dan polis sedang menyiasat bagaimana punca kemalangan berlaku.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#anggota polis maut
#gunung keriang
#Jalan Kampung Teluk Binasa
#Kampung Pantai Jamai
#kereta bertembung lori
#Khairul Izat Romli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan