JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat konstabel parah ditikam di bahagian rusuk belakang dalam Op Tapis Khas Se-Malaysia di tempat letak kereta berbayar, Jalan Ungku Puan di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami luka dalaman selepas ditusuk menggunakan pisau dalam kejadian jam 2.30 pagi.
"Insiden berlaku semasa mangsa dan rakan setugas yang lain sedang membuat pemeriksaan terhadap tiga individu termasuk suspek disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.
"Secara tiba-tiba suspek dipercayai warga tempatan cuba melarikan diri dan telah berlaku pergelutan sehingga mangsa ditikam oleh suspek.
"Seorang anggota telah datang membantu mangsa tetapi suspek berjaya melarikan diri.
"Anggota polis terbabit telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan. Doktor memaklumkan keadaan mangsa stabil," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Raub, polis sedang giat mengesan suspek.
"Suspek berpakaian baju lengan panjang berwarna hitam, seluar jeans panjang warna hitam, berselipar, memakai snowcap dan berpelitup muka juga berwarna hitam.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Noor Azlinda Mohd Khalid 017-2765250," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Muhammad Aiman Hakeem
Mon Jul 10 2023
Mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami luka dalaman selepas ditusuk menggunakan pisau dalam kejadian jam 2.30 pagi. - Gambar hiasan
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas
Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa.
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September lepas
Sebanyak 45 anggota dan pegawai PDRM ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis
Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ pada Julai lepas.
Tiada kompromi pegawai, anggota polis terlibat salah laku - KPN
Tiada kompromi terhadap pegawai dan anggota terbabit salah laku yang merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Anggota polis ditahan, disyaki peras ugut buruh sawit RM2,000
Difahamkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau berkaitan urin mangsa.