NATIONAL
Anggota polis tertembak diri sendiri masih kritikal

Anggota polis itu dilaporkan cedera parah di bahagian kepala akibat tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol dalam kejadian pada Selasa. - Gambar fail/Astro AWANI
GEORGE TOWN: Keadaan anggota polis yang tercedera akibat tertembak diri sendiri di bahagian kepala dalam kejadian di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini petang semalam, masih kritikal.
Ringkasan AI
- Anggota polis yang tercedera akibat tertembak diri sendiri di kepala masih dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang.
- Polis menunggu kehadiran waris anggota tersebut dari Kuala Lumpur untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan, termasuk dakwaan berkaitan hutang.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 selepas mendapati satu das tembakan dilepaskan daripada senjata yang digunakan oleh anggota tersebut.
Ketika dihubungi Bernama hari ini beliau berkata siasatan dibuat daripada pelbagai sudut termasuk dakwaan berkaitan hutang yang ditanggung anggota tersebut.
Semalam anggota polis yang bertugas di cawangan Kem Komandan itu ditemukan cedera parah di bahagian kepala dalam bilik pengawal IPK Pulau Pinang pada 6.12 petang, dipercayai akibat tertembak diri sendiri.
Siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan dilepaskan daripada senjata yang digunakan oleh anggota itu, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami