awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX pertimbang bergabung dengan Tesla - Laporan
Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari dalam tiga tahun akan datang
Trump dakwa Putin setuju henti serangan ke atas Kyiv selama seminggu ketika cuaca terlalu ekstrem
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera maut, seorang lagi hilang dalam operasi di Pulau Mataking

Bernama
Bernama
13/09/2025
14:15 MYT
Anggota tentera maut, seorang lagi hilang dalam operasi di Pulau Mataking
Menurut kenyataan itu, dua anggota tentera berkenaan sedang melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di Pulau Mataking sebelum dilaporkan hilang. - Gambar hiasan/Bernama
SEMPORNA: Seorang anggota tentera ditemukan meninggal dunia, manakala seorang lagi masih hilang ketika melaksanakan operasi di Pulau Mataking dekat sini, semalam.
Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 dalam kenyataan memaklumkan anggota tentera yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, manakala mangsa yang hilang ialah Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27.
Menurut kenyataan itu, dua anggota tentera berkenaan sedang melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di Pulau Mataking sebelum dilaporkan hilang.
"Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bantuan perubatan diberikan.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan sahabat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan kejadian dipercayai berpunca daripada insiden lemas, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Sebarang perkembangan berkenaan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut Markas ATB 2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#operasi mencari dan menyelamat
#pasukan sahabat
#Anggota tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan