SUBANG JAYA: Akibat sering dibuli di tempat kerja, seorang lelaki bertindak mengajak beberapa individu untuk membunuh rakan sekerjanya di sebuah pangsapuri di Jalan Kemajuan, Subang di sini, Ahad lepas.
Mayat mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun, ditemukan berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kehilangan mangsa hanya disedari ibu saudaranya apabila tidak menerima panggilan telefon seperti kebiasaan yang menyatakan dia telah pulang daripada bekerja pada Isnin.
“Ibu saudara mangsa kemudian menghubungi majikan mangsa dan diberitahu bahawa mangsa tidak hadir bekerja. Ekoran itu, polis membuat pemeriksaan di kediaman mangsa dan mendapati ia berselerak selain terdapat kesan tompok darah dalam tandas.
“Semakan rakaman kamera litar tertutup di pangsapuri itu mendapati tiga lelaki memasuki rumah mangsa pada 12 tengah malam sebelum mangsa pulang setengah jam kemudian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini.
Rakaman itu seterusnya menunjukkan ketiga-tiga lelaki keluar dari rumah mangsa dengan menolak sebuah tong sampah.
Polis kemudian menemui dokumen peribadi dan dompet mangsa di bawah jejambat di Jalan SS 16/1 sebelum menjumpai sebuah tong sampah di kawasan berhampiran jalan itu.
“Pemeriksaan pada tong sampah itu mendapati sebuah beg hitam yang di dalamnya dipercayai ada mayat. Pasukan forensik mengesahkan penemuan itu adalah mayat manusia,” katanya.
Susulan penemuan itu, polis telah melakukan tangkapan di empat lokasi pada Isnin iaitu dua di sekitar ibu negara, Kajang di Selangor serta Port Dickson di Negeri Sembilan yang melibatkan empat suspek lelaki berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun.
"Ujian air kencing kesemua mereka didapati negatif dadah dan siasatan lanjut mendapati suspek utama merupakan rakan serumah dan rakan sekerja kepada mangsa,” katanya.
Suspek pertama direman selama empat hari hingga Jumaat ini manakala tiga lagi termasuk suspek utama direman enam hari hingga 26 April di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021
Abd Khalid menunjukkan gambar suspek yang terlibat dalam kes bunuh di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, 20 April, 2021. --fotoBERNAMA
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Sempat minta tolong di Facebook sebelum ditemui mati
Siasatan awal mendapati pintu rumah tersebut tidak berkunci, dan dalam keadaan gelap serta berselerak di bahagian bilik.
Mayat lelaki ditemui tepi jalan, disyaki mangsa kemalangan
Hasil bedah siasat yang dijalankan menjelaskan sebab kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat nahas jalan raya.
Penganggur menyamar anggota polis, cuba samun diberkas
Suspek berusia 49 tahun itu yang menunggang motosikal, memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mahu memeriksa mangsa.
Lelaki mengamuk ditinggal isteri
Suspek juga mengalami tekanan apabila perniagaannya mengalami kerugian.
Polis kesan penghantar e-hailing disyaki lakukan gangguan seksual
Lelaki terbabit didakwa menarik pergelangan tangan kiri mangsa beberapa kali namun mangsa sempat menarik semula tangannya sebelum bergegas masuk ke pejabat.
Lelaki tunjuk kemaluan dekat LRT ditahan
Lelaki tunjuk kemaluan dekat LRT ditahan
Penjawat awam antara diberkas terlibat pecah kedai serbaneka
Seorang lagi suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau dan dua kes masih berstatus orang dikehendaki.
Empat sahabat lepas gian hisap dadah diberkas
Kesemua lelaki berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan pada jam 1.20 petang.
Polis Subang Jaya buru lelaki langgar MPV polis hingga rosak
Polis sedang memburu seorang suspek lelaki yang memandu sebuah kereta secara melulu dan melanggar kereta peronda (MPV) polis Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di Subang Jaya, malam tadi.
Lelaki disyaki pukul, tikam adik ipar ditahan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul dan menikam adik iparnya di sebuah rumah di Puchong Utama.