awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkara dadah, tukang gunting bunuh ibu dengan tukul

Sinar Harian
Sinar Harian
28/02/2024
11:04 MYT
Angkara dadah, tukang gunting bunuh ibu dengan tukul
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dalam kejadian di Kampung Jawa pada Rabu. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah tergamak membunuh ibunya dengan tukul besi dan kasut keselamatan di kediaman mereka dekat Kampung Jawa di sini pada Rabu.
Bagaimanapun perbuatan kejam suspek yang merupakan seorang tukang gunting itu membawa padah apabila dia diberkas tidak lama selepas kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 9.45 pagi.
"Siasatan mendapati mangsa merupakan wanita warga tempatan berumur 56 tahun dan tinggal bersama suami dan suspek.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak memukul mangsa menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, hasil maklumat kemudiannya membawa kepada tangkapan suspek yang berumur 33 tahun di Taman Sentosa Klang kira-kira jam 11.30 pagi.
"Ujian saringan dijalankan mendapati suspek positif dadah selain memiliki dua rekod dadah dan satu rekod jenayah," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Salwani Samsudin di talian 0132444234," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh ibu
#tukang gunting
#Kampung Jawa
#kasut keselamatan
#tukul besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan