awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkat sumpah TYT Sarawak 29 Januari - Abdul Karim

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2024
23:15 MYT
Angkat sumpah TYT Sarawak 29 Januari - Abdul Karim
Majlis angkat sumpah bagi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak baharu menggantikan Abdul Taib bakal berlangsung di Dewan Undangan Negeri pada 29 Januari (Isnin) ini. - Gambar fail
KUCHING: Majlis angkat sumpah bagi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak baharu menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud bakal berlangsung di Dewan Undangan Negeri pada 29 Januari (Isnin) ini.
Mengesahkan perkara berkenaan, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MySED), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, watikah pelantikan akan diserahkan kepada Gabenor baharu Sarawak hari ini (Jumaat).
“Saya difahamkan esok (hari ini) adalah watikah diberi dan TYT (Tuan Yang Terutama) yang baharu akan datang lusa 27 Januari. Angkat sumpah akan diadakan pada 29 Januari… biarlah pengumuman berkenaan siapa yang akan jadi TYT itu datangnya daripada saluran yang utama, yang betul. Saya tidak mahu memberitahu walaupun sedikit sebanyak saya tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Makan Malam Apresiasi Mysed 2024 di siin, malam tadi.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memperkenan calon TYT Sarawak baharu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pada masa sama, Anwar memberitahu, mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan turut membincangkan pelantikan Speaker Dewan Negara susulan peletakan jawatan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang dikaitkan dengan pelantikan TYT Sarawak baharu.
Topic Berkaitan
#TYT Sarawak
#Abdul Taib Mahmud
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#angkat sumpah TYT Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan