Menteri Luar membidas kecaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran negara dan parti politik dalam surat terbuka kepada editor akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times.
Datuk Seri Anifah Aman kesal melihat Dr Mahathir cuba untuk merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai sebahagian daripada dendam politik peribadi.
"Ia adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana warga negara, apatah lagi seorang bekas perdana menteri, untuk menyebarkan pembohongan dan memutarbelit mengenai kedudukan syarikat-syarikat milik negara," kata beliau dalam surat terbuka itu, yang dikirim kepada Bernama pada Khamis.
Anifah mengkritik serangan Dr Mahathir terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), UMNO dan tuduhan terhadap Perdana Menteri yang masih berkhidmat, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini ialah beberapa petikan surat Anifah mengenai 1MDB.
"Contohnya dengan menyatakan bahawa RM42 bilion lesap dari 1MDB untuk menimbulkan kebimbangan awam sedangkan hakikatnya ini hutang yang diaudit bersandarkan aset bernilai RM51 bilion. Dakwaan-dakwaan melulu ini memberi kesan kepada sentimen pasaran terhadap Malaysia.
"Selain itu, beliau terus melancarkan serangan, dan tidak sebaliknya menunggu hasil siasatan yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
"Ini menunjukkan bahawa Tun Mahathir tidak berminat kepada jawapan daripada pihak berkuasa berkenaan yang sah. Sebaliknya, beliau hanya menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."
BACA: 1MDB: Tunjuk bukti, bukan selindung di sebalik alasan 'rahsia negara' - Tun M
BACA: 1MDB: 'Saya tak gasak Najib, saya cuma dedah benda yang tak kena' - Tun M
BACA: Serangan Tun M terhadap Najib punca nilai ringgit jatuh, kata Ahmad Maslan
Mengenai pandangan Dr Mahathir terhadap UMNO yang menjadi 'lubuk untuk ahli politik bernaung', Anifah berkata: "Tun Mahathir yang mengetuai parti selama 22 tahun. Beliaulah semasa pemerintahannya berusaha untuk memupuk budaya "yes men" (Pak Turut) dan mengukuhkan kedudukannya."
Mengenai tuduhan Dr Mahathir terhadap Najib, Anifah berkata ia semata-mata keterlaluan, dan tidak benar sama sekali.
Beliau berkata ia adalah hasil daripada langkah pembaharuan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang membolehkan Tun Mahathir mempunyai kebebasan untuk bersuara begitu kritikal terhadap parti dan kerajaan yang beliau pernah memimpin.
"Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka melihat Dr Mahathir bersara secara hormat daripada terus merosakkan kedudukan negara sendiri untuk kepentingan politik peribadinya," katanya.
Bernama
Thu Jun 18 2015
Datuk Seri Anifah Aman kesal melihat Dr Mahathir cuba untuk merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai sebahagian daripada dendam politik peribadi.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.