TAHUN pertama Mayor Max III menjalankan tugas, telah dilaksanakan dengan jayanya.
Anjing baka Golden Retriever itu merupakan 'Datuk Bandar' bagi pekan kecil Idyllwild yang terletak di California Selatan.
Sejak 2012, tiga generasi Golden Retriever telah memegang kerusi 'Datuk Bandar' Idyllwild, iaitu sebuah pekan pergunungan yang tidak memiliki kuasa pentadbiran sendiri mahupun kerajaan tempatan rasmi.
Sebab itulah, secara teknikalnya, Idyllwild yang terletak di bawah bidang kuasa Riverside County District 4, tidak mempunyai 'Datuk Bandar' manusia.
Sebagai 'penyelesaian suka-suka', pekan tersebut mengadakan pemilihan 'Datuk Bandar' pertama pada 2012 dengan persaingan antara 14 ekor anjing dan dua ekor kucing, lapor The Washington Post.
Pilihan raya itu dikendalikan oleh organisasi penyelamat haiwan tempatan, Animal Rescue Friends of Idyllwild (ARF) bagi tujuan mengumpul dana. Setiap undi daripada penduduk tempatan terhadap calon-calon yang mereka pilih, dikenakan yuran serendah AS$1 yang kemudiannya terkumpul untuk tabung ARF.
"Mereka semua (ketiga-tiga anjing berkenaan) adalah pemimpin yang sangat baik.
"Ini adalah peluang untuk menjadi 'Datuk Bandar' Idyllwild dan melakukan tugas sebenar, tanpa melibatkan politik.
“Max menyayangi semua orang tanpa syarat. Ia tidak melibatkan drama politik," kata Ketua Kakitangan Datuk Bandar Max III, Phyllis Mueller, yang juga pemilik tiga generasi Golden Retriever itu.
Tahun ini merupakan tahun yang sibuk untuk Max III, yang baru sahaja meraikan ulang tahun pertamanya sebagai 'Datuk Bandar' dalam majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.
Sepanjang 12 bulan yang lalu, Max telah membuat penampilan awam setiap hari di pusat bandar, sambil melawat hospital, sekolah dan rumah jagaan. Ia akan menemani pesakit hospis semasa detik-detik terakhir mereka dan menjadi motivasi kepada mereka yang berputus asa untuk meneruskan hidup.
"Kami melakukan setiap jenis acara yang anda boleh bayangkan," kata Mueller, sambil menambah bahawa dia dan suami menanggung semua kos yang berkaitan untuk membantu Max menjalankan tugas.
Tambahnya: “Kami sentiasa cuba membantu masyarakat. Ia sangat menyeronokkan dan ia tugas yang serius."
Agensi
Sun Oct 01 2023
Sepanjang 12 bulan yang lalu, Max telah membuat penampilan awam setiap hari di pusat bandar. - Instagram/mayormax1
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Anjing baka 'Golden Retriever' sambut ulang tahun pertama sebagai 'Datuk Bandar'
Sejak 2012, tiga generasi anjing itu telah memegang jawatan Datuk Bandar Idyllwild, sebuah pekan pergunungan di California Selatan.